Botani Bedara laut

Pokok dan daun

Pokok bedara laut jenis tumbuhan renek yang tumbuh tinggi antara 2–7 meter. Garis pusat batangnya kurang daripada 10 sentimeter; lkulit kayunya berwarna perang tua atau kelabu pucat dan bersisik bulat[6][4] Dahan-dahan pokok menunduk.[7]

Daun-daunnya disusun berselang seli. Helai daun berbentuk bujur dengan ukuran 3–8 sm panjang dan 1.5–4 lebar dan berwarna hijau pucat. Daun-daun yang hancur mengeluarkan bau seperti badam kerana mengandungi sianida.[6][4] Daun muda berbulu halus yang gugur apabila tua dan menjadi keras.[6][8]

  • Dahan pokok bedara laut
  • Daun-daun pokok bedara laut

Bunga dan buah

Pokok bedara laut berbunga pada musim kering. Sekuntum bunganya kecil berukuran 2–2.5 sm dan muncul pada jambak bertangkai atau berbentuk payung dengan ukuran 3–7 mm panjang, bunga-bunga ini mengeluarkan bau harum.[7][9]

Buah bedara laut muncul selepas 3 tahun pokoknya tumbuh. Ia berbentuk bujur dan berkulit nipis, warnanya jingga atau kuning apabila sudah masak. Isinya berwarna hijau dan sangat masam.[7][9][4]

  • Kuntum-kuntum bunga
    bedara laut
  • Buah bedara laut
    yang masak

Rujukan

WikiPedia: Bedara laut http://www.wildsingapore.com/wildfacts/plants/coas... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33746636 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7960047 //doi.org/10.1155%2F2021%2F8880021 http://apps.worldagroforestry.org/downloads/Public... http://apps.worldagroforestry.org/treedb2/AFTPDFS/... https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Ximenia+amer... https://www.iucnredlist.org/species/146188276/1462... https://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.o... https://www.pakbs.org/pjbot/PDFs/44(4)/01.pdf